Jumaat, 19 Julai 2013

TEMA / TAJUK UNTUK ULANGKAJI GEOGRAFI PMR 2013

Bahagian A: Kemahiran Geografi
Peta Topografi (jawapan hanya berpandukan maklumat pada peta topografi sahaja)

Bahagian B: Geografi Fizikal dan Manusia
TINGKATAN 1

1. BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
   1.1 Bentuk muka bumi
   1.2 Potensi dan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
   1.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

2. CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA
    2.1 Pergerakan bumi di dalam sistem suria
    2.2 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia
    2.3 Pengaruh manusia terhadap cuaca dan iklim

3. TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
    3.1 Jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi
    3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi
    3.3 Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi
    3.4 Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
    3.5 Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

TINGKATAN 2

4. DINAMIK PENDUDUK
    4.1 Taburan penduduk
    4.2 Perubahan penduduk
    4.3 Migrasi penduduk sebagai tindak balas terhadap faktor ekonomi, governan (peranan kerajaan), sosial dan fizikal
    4.4 Kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar
    4.5 Hubungan kependudukan dengan sumber

5. PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA
    5.1 Petempatan awal
    5.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan
    5.3 Pola-pola petempatan
    5.4 Fungsi petempatan luar bandar dan bandar
    5.5 Pembandaran

6. PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
    6.1 Keperluan pengangkutan dan perhubungan awal
    6.2 Perkembangan pengangkutan dan perhubungan
    6.3 Faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan dan perhubungan
    6.4 Kepentingan pengangkutan dan perhubungan
    6.5 Kesan perkembangan pengangkutan dan perhubungan terhadap alam sekitar

TINGKATAN 3

7. SUMBER
    7.1 Sumber-sumber utama
    7.2 Taburan pelbagai sumber

8. KEGIATAN EKONOMI
    8.1 Kegiatan ekonomi utama
    8.2 Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
    8.3 Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara
    8.4 Kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
    8.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
    8.6 Kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa

BANYAKKAN ULANGKAJI.
 SELAMAT BERJAYA....

Rabu, 3 Julai 2013

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA

Anak-anak murid kesayangan cikgu, tinggal beberapa hari lagi untuk PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR. Adakah semua sudah bersedia. Cikgu mendoakan semoga kalian semua berjaya. Terutama mata pelajaran Geografi dan Sejarah

Rabu, 6 Februari 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013

SOALAN KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 (PMR) 2013

TUGASAN 1: PENGANGKUTAN AWAM

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep pengangkutan awam
• Jenis-jenis pengangkutan awam
• Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
• Masalah perkembangan pengangkutan awam
• Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

ATAU

TUGASAN 2: KEGIATAN PENTERNAKAN

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kegiatan penternakan di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep dan jenis kegiatan penternakan
• Kepentingan kegiatan penternakan
• Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan
• Kesan negatif kegiatan penternakan
• Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


Semua pelajar tingkatan 3 boleh la mula mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan yang anda pilih.

Selasa, 5 Februari 2013

SELAMAT DATANG KE LAMAN GEOGRAFI CIKGU AZLINIE

Kepada semua pelajar cikgu, segala maklumat tentang geografi boleh didapati di laman ini.. Semoga ia berguna untuk semua.